Monday, March 14, 2011

dan aku

kalau aku rungkai satu-satu mau engkau sakit jiwa kerana tekanan hebat yang kau tak mampu terima. kata-kata aku lebih pedas dari dari sesiapa pun yang pernah engkau berkecil hati kerana kata-kata mereka. aku pun sekadar manusia biasa yang tak pernah lari dari perasaan marah. tapi aku marah bersebab dan aku cuba untuk tahan kemarahan aku sebab aku tahu musim peperiksaan akhir semester akan berlangsung tak lama lagi. tapi perasaan ni aku dah tak boleh kawal lagi. maafkan aku kalau aku berjauhan. hati aku terlalu sakit untuk menerima hakikat. biarkan aku sendirian. mungkin di hening subuh aku akan terima kekesalan. kata maaf tak perlu diucapkan kerana maaf hanyalah kata-kata yang boleh dikitar semula. jadi adalah lebih baik jika terus berdiam tanpa bermasam muka mahupun menjeling sesama sendiri. kerana marah itu juga buta. buta dalam menilai segala kebaikan yang kau pernah taburkan dulu. aku tak mahu kerana turutkan marah aku lupa akan segala kebaikan yang pernah kau beri dulu.

 

dan aku tak mahu aku terus terlupa yang aku ini bertuhan. orang yang bertuhan percaya Tuhannya tak pernah mengajar umatnya terus menyimpan dendam.

No comments:

Post a Comment

these are all my very own personal opinions. comments or criticism are most welcome, feel free to correct my English so i that i can improve my language from time to time